Sambutan Pitch Perfect

Pecah panggung

Pitch Perfect meraih $65 juta di Amerika Utara dan $50.3 juta di wilayah lain dengan jumlah kutipan sebanyak $115.4 juta sejak keluaran, mengatasi belanjawan $17 juta.[12]

Filem ini dipertontonkan dalam keluaran terhad di Amerika Syarikat dan Kanada pada 28 September 2012, dan keluaran secara meluas di A.S. dan Kanada pada 5 Oktober 2012. Ia meraih $1.8 juta pada hari pembukaan keluaran tayangan dan $4.9 juta pada hari pertama keluaran secara meluas.[13] Pada pembukaan secara meluas di hujung minggu, filem ini menduduki nombor dua, di belakang Taken 2 dan Hotel Transylvania, dengan meraih kutipan $14.8 juta.[14] Penonton pembukaan hujung minggu ialah 81 peratus wanita. Pembukaan hujung minggu juga menarik perhatian penonton muda dengan 55% penonton pembukaan hujung minggu di bawah umur 25.[15] Filem ini merupakan filem komedi muzikal ketiga dengan kutipan tertinggi, di belakang Pitch Perfect 2, dan School of Rock.[12]

Ulasan

Pitch Perfect menerima ulasan positif daripada pengkritik. Di laman web agregat ulasan Rotten Tomatoes, filem ini mempunyai penilaian 81%, berdasarkan 140 ulasan, dengan purata penilaian sebanyak 6.4/10. Laman itu menyebut, "Plot Pitch Perfect berungkapan tetap, tetapi persembahannya sangat baik dan lagu muzik juga menarik."[16] Metacritic memberikan markah 66 daripada 100, berdasarkan 33 orang pengkritik, yang menunjukkan "ulasan umum".[17] Penonton yang ditinjau oleh CinemaScore memberikan filem itu gred "A" pada skala A+ hingga F.[18]

David Edelstein daripada NPR memilih filem itu sebagai salah satu filem terbaik tahun ini[19] dan Entertainment Weekly memilih runut bunyinya sebagai salah satu yang terbaik tahun ini.[20] Chris Tookey daripada Daily Mail memuji Rebel Wilson bagi persembahannya.[21] Roger Ebert memberikan filem tersebut 2 daripada 4 bintang, dan memuji Rebel Wilson untuk persembahannya yang "lucu dan bersahaja", tetapi juga menyatakan bahawa "Ia adalah dua buah lagu-dan-tarian yang dibina di sekeliling saingan kumpulan a cappella. Itu yang lebih menarik, saya rasa - tetapi tidak, mereka akan mempamerkan persembahan yang lebih baik."[22]

Rujukan

WikiPedia: Pitch Perfect http://7online.com/entertainment/its-a-three-peat-... http://www.allaccess.com/top40-mainstream/future-r... http://www.billboard.com/articles/columns/pop-shop... http://boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfect.h... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfe... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=daily&id... http://www.boxofficemojo.com/news/?id=3541&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/weekend/chart/?yr=201... http://www.cinemareview.com/production.asp?prodid=... http://www.cnn.com/2014/09/15/us/miss-america-winn...